Kita Lupa, Kompleksiti Manusia

Galileo dituduh sesat oleh pihak gereja. Adakah silap Galileo yang susah payah mengkaji? Atau silap pihak gereja yang malas berfikir, menghukum tanpa memahami kajian Galileo?
Pelbagai label diberi, pelbagai tohmahan dilempar. Yang mana 'liberal'? Yang mana 'konservartif'? Yang mana sesat? Yang mana ekstrimis? Yang mana sekular? Yang mana wahabi? Yang mana Ahbash? Semua memberi penilaian berbeza. Rata-rata tidak menerima kompleksiti sesebuah pemahaman, lalu menilai secara simplistik lagi binary; semudah ini, "Saya betul, maka engkau salah!".

Persepsi, Cermin, Ambil Tahu

Bagaikan melihat laut melalui sebuah tingkap. Bingkai sebuah tingkap menutup pandangan sisi, tertutup sebuah pemandangan lautan yang infiniti. Cara kita melihat sesuatu bagaikan bingkai tingkap, frame of reference, manakala lautan pula adalah perumpamaan bagi sesuatu yang tersangat luas menghampiri infiniti. Inilah persepsi.

Perception also in the same meaning with theory, assumption, paradigm, and frame reference. In more general, it's the way we "see" the world. But it's not in visual sense of sight, but in terms of perceiving, understanding, interpreting. [Stephen R. Covey]
Cuba tanya diri, untuk melihat daripada sudut pandang yang berbeza. Untuk melihat sesuatu perkara, daripada tempat yang berbeza adalah sesutu yang berisiko. Hal ini kerana kita berada dalam zon selesa.

"Saya tahu apa yang saya percaya, saya berasa selesa", monolog seorang yang berada dalam zon selesa. "Saya selesa kerana saya tidak terdedah kepada 'tidak selesa' -yakni untuk bertanya kembali, kenapa saya percaya kepada apa yang saya percaya?"

Ini adalah sebuah perjalanan menuju kepada pemikiran yang lain, Other. Perjalanan untuk memahami sebagaimana 'mereka' faham. Juga sebuah perjalanan untuk melihat diri kita daripada kaca mata 'mereka'. Ini ialah untuk kembali kepada diri dengan berada 'di sana' dalam masa yang sama menghadapi risiko tidak selesa.

Dengan itu, barulah kita dapat menerima kompleksiti, menerima had kita. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak percaya apa yang kita percaya, cuma hanya bertanyakan kembali, "Kenapa saya percaya kepada ini, dan bagaimana pula dengan orang lain (yang tidak sependapat)?". Dengan ini barulah wujudnya rasa hormat. Hormat, respect, adalah lawan kepada tidak mengambil tahu, ignorance.

Punca tidak mengambil tahu ialah kesombongan, arrogance, sebuah masalah kepada semua pemikiran. "Saya tahu semua perkara yang awak tahu", mungkin monolog seorang yang sombong. Tiada rasa hormat akan timbul bagi golongan yang tidak ambil tahu. Lalu berlakulah fenomena menjahilkan diri terhadap Other.

Masyarakat Barat suatu ketika dahulu memandang rendah terhadap umat Islam. Islam dan Yahudi tidak jauh bezanya bagi Barat; mereka berjanggut, loghat bahasa yang hampir sama, tuhan yang satu dan padang pasir. Lalu mereka menyamakan masyarakat Islam dengan masyarakat Yahudi yang dibenci, miskin dan melarat ketika itu. Walhal peradaban umat Islam ketika itu jauh lebih baik daripada masyarakat Yahudi, malah masyarakat Barat sekalipun tidak dapat menandinginya. Inilah kesalahan Barat; memandang rendah masyarakat Islam melalui masyarakat Yahudi.

Sebaliknya, ada pula golongan yang selalu meragui sesuatu (bertanya dan meragui adalah dua perkara yang berbeza). Jika hendak diikutkan, semua perkara boleh diragui. Hal ini kerana tiada suatupun perkara secara fizikalnya adalah pasti, absolute, dan kepastian ini hanya dapat dijawab setelah kita mati. Di kubur nanti barulah jawapannya diperlihatkan.

Jika keraguan itu ditimbulkan seperti 'tuhan tidak wujud', atau 'agama adalah rekaan manusia', dan pelbagai lagi keraguan yang sengaja ditimbulkan dan dipaksa untuk diterima maka ketahuilah bahawa pertanyaan seperti ini bersifat dogmatik, binary, dan present oriented.
The dogmatic mind is not on your religious mind. I met so many people doubting and being very arrogant with their doubt. Very dogmatic about the fact that you have to doubt. Which is paradoxical but it's true. And they think that because they don't doubt they cannot be open minded, so they end up being very dogmatic with that. [Tariq Ramadan]
Maka dengan itu, dalam mengharungi kepelbagaian pemikiran umat ini, seharusnya kita mencerminkan diri dahulu sebelum menghukum orang lain. Juga mencerminkan perbuatan orang lain terhadap diri kita. Berada di tempat mereka, melihat diri. Kita mungkin selalu berkata tentang hujah, siapa yang betul dan salah, tapi kita lupa manusia ada hati, ada yang ikhlas, mungkin kita lupa psikologi!
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [al-Hujurat 13]

_______________________
Artikel asal: http://haziq-asyraf.blogspot.com/2011/05/kita-lupa-kompleksiti-manusia.html 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan