Kebebasan


Kebebasan ialah sebuah perkataan yang kompleks, digunakan untuk pelbagai tujuan dan sering dimanipulasi manusia. Hal ini kerana perkataan ini sangat berkaitan dengan manusia, hala tuju, emosi, politik, sosial, dan lain-lain.

Definisi pelbagai perspektif
Pada asalnya, kita dilahirkan dalam keadaan memerlukan orang lain. Sebagai bayi yang baru lahir, kita perlukan ibu-bapa untuk menjalani hidup. Tiada ibu-bapa, tiada kebebasan.

Tetapi setelah dewasa, setelah melalui perjalan hidup yang mematangkan kita, kita mampu untuk bebas daripada ibu-bapa kerana mempunyai kuasa autonomi sendiri. Tapi cuba kita mulakan sebuah pertanyaan, "Kenapa aku disini?" dan "Di mana aku berakhir". Sekarang kita sudah tidak perlukan apa-apa, cuma kita mendapati bahawa kita perlukan jawapan. Ramai cuba melupakan pencarian jawapan kepada persoalan ini dengan menyibukkan diri untuk memikirkan perkara 'sekarang' atau apa yang dikatakan sebagai intelectual distraction. Tetapi pada suatu hari nanti, soalan ini akan kembali menghantui kita, yakni persoalan kematian. Mengelakkan diri daripada berfikir tentang kematian adalah tidak rasional, kerana realitinya kita akan mati juga. Kenapa kita perlu hadapi kematian? Kita perlukan jawapan. Tiada jawapan, tiada kebebasan.

Pada suatu tahap yang lain ada yang mengatakan bahawa, "Tidak mengetahui apa itu agama adalah kebebasan", atau dalam kata lain, "Tidak memikirkan tentang soalan tentang kematian ini ialah kebebasan". Inilah apa yang dipanggil sebagai kedegilan, ignorance. Kedegilan, dalam kata lain, untuk tidak ambil tahu, bukan kebebasan. Malah ia adalah sebuah penjara pemikiran. Untuk sentiasa berada dalam zon selesa, tidak mahu mengambil tahu perkara yang lain adalah candu yang mengkhayalkan pemikiran manusia. Tidak mahu berfikir, tiada kebebasan.

Terdapat beberapa kategori tabiat manusia. Philip Zimbardo membahagikan manusia kepada tiga; berorientasikan masa lampau (past oriented), masa kini (present oriented), dan masa hadapan (future oriented). Definisi kebebasan bagi setiap kategori tabiat ini adalah berbeza. Past oriented suka akan kenangan silam, kemenangan yang telah diraih, adat keluarga, dan pelbagai perkara yang telah mereka lalui sebelum ini.

Manusia present oriented pula lebih berunsur hedonistik dan mengutamakan emosi -hidup keselesaan dan elakkan kesusahan. Sudah tentu, daripada perspektif ini, mereka suka akan definisi cliché: "Bebas untuk buat segala perkara yang kita mahu ialah kebebasan." Dengan ini andaian seterusnya ialah: "Apa yang menghalang apa yang kita mahu ialah anti-kebebasan"

Manusia future oriented pula lebih bersifat menolak godaan untuk mencapai matlamat. "Bebas hanya setelah mencapai tujuan" ialah maksud kebebasan bagi mereka.

Present Oriented
Bertindak mengikut neraca emosi dikatakan kebebasan. Segala yang memberikan keselesaan, pleasure, adalah matlamat utama. Kita mungkin fikir bahawa adalah rasional untuk memikirkan sesuatu berdasarkan keselesaan pancaindera dan kepuasan hati kita.

Perlulah kita tahu bahawa emosi bukan kebebasan. Petikan syarahan Tariq Ramadhan di Simon Fraser University, "Emotions are not freedom, they are signals send to your brain and your brain is reacting. Psychologically driven and emotionally driven", sambungnya lagi, "There is no absolute freedom! ... You'll never experiencing freedom if you don't get to know what discipline is".

Tidak akan dihargai sebuah pohon yang teduh, jika kita tidak pernah langsung merasakan panas terik padang pasir. Kebebasan hanya dirasai setelah bersusah-payah, bukan dengan senang-lenang. Bagaikan seorang pemain piano yang baik, merdu, lincah jari mangalunkan melodi. Kita lihat seperti beliau bebas, tanpa sebarang kesukaran. Tetapi di sebalik kepakaran dan teknik rumit, terdapat tekanan dalam jangka masa yang sangat lama untuk menguasai piano.

Sama jualah dengan Qiyamulail. Pada saat bangunnya kita daripada tidur, tatkala orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, kita sedang dalam proses mendisiplinkan diri. Kita bangun dengan disiplin untuk BEBASKAN diri daripada nafsu. Kerana tanpa disiplin, nafsu ialah penjara diri kita.

Teringat surah al-Baqarah, ayat 216:


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

_______________________
Artikel asal: http://haziq-asyraf.blogspot.com/2011/04/kebebasan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan