Kategori

Memaparkan catatan dengan label 'Daie Siber' - Lukhman Abdul Taib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 'Daie Siber' - Lukhman Abdul Taib. Papar semua catatan

Muhasabah Pasca Ramadhan

0 comments

Jika kita mengibaratkan tarbiyyah yang kita lalui di dalam bulan Ramadhan dengan tamsilan Universiti Ramadhan, maka hadirnya Aidilfitri umpama hari konvokesyen. Namun, Aidilfitri bukan hanya hari bergembira sahaja di atas ‘konvokesyen’ semata. Keluarnya kita dari Universiti Ramadhan menuju ke bulan-bulan yang lain ialah medan sebenar sejauh mana tarbiyyah Ramadhan benar-benar membuat kita insan yang bertaqwa.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu (ibadat) puasa sebagaimana difardukan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah ayat: 183) Maka, suatu muhasabah kepada diri kita yang sudah bergelar graduan dari Universiti Ramadhan: “Sejauh mana taqwa yang telah disemai dalam diri itu tumbuh mekar di dalam hati?”

Alangkah rugi apabila kita keluar dari bulan Ramadhan, kita sebenarnya telah menjadi hamba kepada bulan Ramadhan dan bukannya kepada TUHAN. Jika di dalam bulan Ramadhan setiap malam kita tidak ketinggalan menghabiskan bacaan sejuzuk al-Quran, di luar Ramadhan untuk menghabiskan bacaan sehelai muka surat pun payah. Bertambah buruk, solat lima waktu pun tidak dirasakan apa-apa jika ditinggalkan, malah berasa senang hati. Di mana silapnya?

Apakah kita hendak menyalahkan syaitan yang tidak lagi dibelenggu setelah berakhirnya Ramadhan? Jika demikian maka sia-sia sahaja bergelear graduan Universiti Ramadhan tetapi yang terhasil adalah jiwa yang tidak kuat dan kental menghadapi musuh. Baru digoda sedikit oleh syaitan, iman sudai terkulai. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan puasa kita.

Maka muhasabahlah kembali puasa yang telah kita lakukan selama sebulan, mengapa ia tidak mendatangkan taqwa seperti yang difirmankan ALLAH? Mungkin kita tidak berpuasa dalam erti kata yang sebenar. Perut kita berpuasa tetapi mata, telinga, tangan, kaki, kemaluan, dan hati kita tidak berpuasa dari perkara-perkara yang dilarang. Mengapa boleh sedemikian? Jangan malu untuk mengakui bahawa kita sebenarnya menyambut Ramadhan dalam keadaan kurang persediaan ilmu dan amal.

Apakah cukup dengan muhasabah? Muhasabah tanpa sebarang tindakan lanjut tidak akan mendatangkan perubahan positif kepada iman kita. Rancanglah dengan sebaiknya penambahbaikan untuk 11 bulan yang akan datang. Gunakan ruang dan peluang yang ada untuk terus melatih diri menjadi tahan lasak secara fizikal dan rohani.

Latihlah diri untuk tidak meninggalkan solat lima waktu walau sekali. Berikanlah hukuman kepada diri sendiri andai meninggalkan solat lima waktu supaya menjadi pengajaran agar tidak memandang enteng persoalan solat. Jika sudah mampu untuk menjaga solat lima waktu, maka kekalkan momentum tersebut sambil menambahkan seri ibadat solat dengan aksesori ‘solat-solat nawafil’. Tidak perlu dilakukan semua, sedikit demi sedikit sudah memadai asalkan istiqamah.

Ilmu dan kefahaman juga perlu ditambah dari semasa ke semasa. Jangan berasa teragak-agak dan malu untuk mengulang kaji kembali perkara-perkara asas terutama yang fardu ain. Aturlah masa dan rancanglah jadual agar tanggungjawab sebagai seorang pelajar atau pekerja tidak terjejas. Kukuhkanlah ilmu itu dengan praktis dan amal agar ia tidak lari.

Gunakan hari-hari yang disunnahkan berpuasa sebagai medan ‘peperiksaan’ untuk menguji sejauh mana kekentalan iman dan jiwa kita. Di akhir hari, kita muhasabah kembali dan perbaiki di ruang-ruang yang patut dibaiki.

Terasa tidak kuat untuk melakukan seorang diri? Bergaullah dengan masyarakat secara sihat, iaitu berlandaskan iman dan taqwa. Kehidupan bukan mengenai kita seorang diri, tetapi mengenai kita dan orang lain. Carilah dan dampingi sahabat-sahabat yang soleh dan para ulama. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang mengingini kebahagiaan syurga, hendaklah dia melazimkan diri dalam jemaah kerana syaitan suka kepada orang yang bersendirian.” (Hadis sahih riwayat at-Tirmizi)

Sudah tiba masanya kita berhenti dari memberi alasan dan dalih. Mungkin ia berkesan di dunia, tetapi apakah alasan dan dalih itu diterima ALLAH di akhirat kelak? Tiada jalan lain selain bermujahadah dengan berpegang kepada sunnah Nabi. Untuk itu, carilah ilmu, tambat dengan amal, dan bersahabat dengan para pewaris Nabi dan orang soleh.

Pemerhatian dan Catatan Diri Mengenai Polemik Poligami

0 comments

Tahniah buat Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan isterinya. Barakallahu lakuma.

Umpama dunia sedang dilanda krisis. Itulah perumpamaan gelagat kita apabila golongan ustaz mengamalkan poligami, lebih-lebih lagi di laman sosial Facebook dan Twitter. Jika dahulu heboh bagai nak rak apabila Ustaz Azhar Idrus berkahwin dengan isterinya yang ketiga, Syawal kali ini diserikan dengan berita pernikahan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dengan isteri beliau yang kedua. Barakallahu lakuma wa jama‘a baynakuma fi khayr buat al-Fadhil dengan pasangannya.

Cuma, saya tertanya-tanya mengapakah terlalu banyak respon apabila ada sesetengah dari golongan asatizah mengamalkan poligami. Seolah-olah ianya sesuatu yang sangat asing. Belum lagi menyentuh persoalan mengapa sunnah ini dianggap asing jika diamalkan oleh sesetengah pihak tetapi telinga kita terasa lali jika diamalkan oleh pihak yang lain.

Yang memberi respon pula boleh dikategorikan kepada dua. Ada yang menyokong sepenuhnya, ada yang membangkang. Jika sudah ada yang membangkang, pasti ada yang bangkit membidas bangkangan tersebut. Di sinilah kita menyaksikan kelahiran ‘mufti segera’ dan ulama jadi-jadian – dari kalangan muslimin dan muslimat – berbekalkan kejaguhannya sebagai jaguh papan kekunci memberikan ulasan dan fatwa masing-masing.

Mengapa perlu dibangkang? Saya tidak melihat fenomena ini sebagai suatu ancaman kepada wanita. Malah sebenarnya inilah yang sangat kita perlukan. Kita perlu bimbingan dan contoh teladan dari golongan asatizah ini yang lebih faqih dan alim pengetahuan agamanya dari kita dalam soal kontroversi seperti poligami. Di sinilah kita dapat melihat secara realiti bagaimana sunnah poligami dipraktikkan secara lapangan persis Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam setelah sekian lama disuap teori yang masih kabur dengan realiti.

Sudah-sudahlah berhujah dengan falasi dan mimpi ngeri yang lalu. Masa silam bukan untuk dikenang, tetapi dijadikan sempadan agar pisang tidak berbuah dua kali. Jangan jadikan pengalaman-pengalaman pahit dimadukan menambah ujian godaan nafsu serakah syahwat kepada para lelaki. Manakah yang lebih baik, mengizinkan si suami berpoligami atau membiarkan dia membuat kerja-kerja yang boleh memuaskan nafsunya di belakang anda?

Lagipun, tidak semua wanita yang dimadukan mempunyai pengalaman-pengalaman pahit seperti anda. Sekali-sekala berselisih faham, itu sudah rencah kehidupan. Tinggal lagi, bagaimana kita melihatnya sama ada sebagai pengukuh tautan cinta atau bibit-bibit pengakhiran.

Sedarlah wanita, tatkala lelaki terpaksa bermujahadah melawan nafsu di luar rumah, mereka sebenarnya masih kasihkan anda. Tetapi, balik sahaja ke rumah, mereka yang keletihan fizikal dan mental terpaksa pula mendengar bebelan anda, melihat anda tidak terurus dan berbau dek kepeluhan. Suami hanya meminta secawan air pengubat haus, anda berikan seribu satu alasan dan syarahan kepadanya. Dan anda mahu membangkang suami anda berpoligami?

Buat kaum Adam pula, jangan jadikan fenomena ini suatu kesempatan untuk melunaskan hawa nafsu. Hanya kerana “Ada ustaz yang kahwin lagi” bukan bermakna anda boleh memaksa isteri anda untuk menurut kehendak anda. Ya, ia memang sunnah tetapi sudahkah anda memenuhi haknya dan tanggungjawab anda?

Berpoligami bukan semata-mata memelihara kehormatan dan mengekang nafsu. Berpoligami ialah suatu syariah yang diturunkan demi menjaga kemaslahatan umat yang sengsara tatkala kehilangan cinta seorang suami dan kasih sayang seorang ayah.

Sebelum berpoligami, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu menurut nafsu sehingga ada hati yang terluka dan terabai, sama ada isteri atau anak-anak. Seringkali menurut nafsu syahwat menyebabkan ada pihak yang diabaikan seperti benda yang tergantung di awang-awangan, dan ia suatu kezaliman yang ditegah di dalam Islam.

Firman ALLAH subhanahu wa ta’ala: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisa’ ayat: 129)

Buat teruna atau anak dara yang ‘kecewa’, usahlah kita sibuk berfatwa di Facebook dan Twitter apabila ada asatizah yang menikah lagi. Bukan itu sunnah yang diajar oleh Nabi. Nabi menganjurkan agar kita mendoakan kebaikan buat mereka. Mengapa perlu sakit hati dengan kebahagiaan saudara sendiri?

Jangan jadi seperti manusia yang sikapnya: apabila kita kahwin mulutnya pot pet pote pet, apabila kita tidak berkahwin mulutnya tetap pot pet pot pet. Serba tak kena bagi mereka.

Akhirul kalam, saya petik sepotong hadis buat renungan bersama. Dari ‘Abd ALLAH ibn ‘Amr ibn al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu katanya: Sabda Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam: “Tidak dikira beriman seseorang di antara kamu sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.” (Hadis hasan shohih, diriwayatkan dalam kitab al-Hujjah dengan isnad yang shohih)

Ujian #1: Kejahatan Diingati, Kebaikan Dilupakan

0 comments

Gambar hiasan.


Allah menciptakan kebaikan (al-hasanah) dan kejahatan (as-sayyi’ah). Allah juga menciptakan Syurga dan Neraka. Maha Adilnya Allah SWT, diciptakan Syurga buat mereka yang berbuat kebaikan, dan Neraka buat mereka yang berbuat kejahatan.

Demikian juga, fitrah manusia amat menyukai kebaikan. Walau seselesa mana dia gemarkan untuk berbuat kejahatan, jauh di sudut hatinya inginkan kebaikan. Cubalah kita berbuat kebaikan kepada insan sebegini secara kerap, lama-kelamaan hatinya akan lunak pada kita. Mengapa? Kerana itulah fitrah manusia.

Sebagaimana manusia menyukai kebaikan, begitu juga manusia membenci kejahatan. Oleh kerana bencinya manusia kepada kejahatan, menjadikan mereka berusaha untuk menghindarinya. Tanpa mengira siapa, latar belakangnya, mahupun jasanya.



Saya, Purdah, dan ...

2 comments

Gambar hiasan.


“Apa pandangan enta tentang purdah?”

“Enta rasa berbaloi tak kalau seseorang perempuan pakai purdah di luar kampus, tapi di dalam kampus dia tak pakai?”

Demikian antara soalan yang diajukan kepada saya dalam diskusi maya (menerusi chat Facebook dan SMS) bersama seorang hamba Allah. Diajukan kepada seorang pemuda biasa yang punya nafsu yang bergelora seperti mana remaja lain dan belum punya kemampuan untuk berkahwin.

Namun, saya perlu berterima kasih kepadanya kerana mengajukan soalan tersebut kepada saya. Kerana soalan tersebut, saya betul-betul bersyukur kerana saya diletakkan di dalam sebuah sekolah lelaki (walaupun tidak sepenuhnya lelaki) ketika saya berpindah ke Kuching. Juga, saya bersyukur di atas setiap detik berada di dalam kelas yang mana ‘penghuninya’ adalah lelaki semua di CFS.

Maka, pandangan yang saya berikan kepada hamba Allah tersebut adalah pandangan dari sudut seorang lelaki yang belum berkahwin.


Tip Kekal Cemerlang Selepas Peperiksaan

1 comments

Gambar hiasan.


Musim peperiksaan datang kembali. Kita akan melihat pelajar dan penuntut universiti akan mula memperuntukkan lebih banyak masa, bergelumang dengan buku-buku dan nota. Kalau dahulunya dia aktif melakukan kerja-kerja berpersatuan di sekolah atau kampus, kini kebanyakan masanya adalah belajar, belajar dan belajar. Sekurang-kurangnya, dia tidak kelam kabut kerana dia masih memperuntukkan masa untuk belajar walaupun dia seorang yang aktif.

Kita mungkin sudah disuap dengan berbagai-bagai tips dan panduan sebelum dan ketika menghadapi peperiksaan. Namun, bagaimana dengan selepas menduduki peperiksaan? Adakah usaha kita terhenti dan boleh melepaskan nafas lega setelah keluar daripada dewan peperiksaan? Apakah tips tersebut?


1. Jangan berbincang mengenai soalan yang telah dijawab.

Cuba elakkan diri daripada berbincang dengan sahabat-sahabat anda mengenai soalan-soalan yang baru anda jawab. Walaupun anda seorang pelajar cemerlang atau salah seorang pelajar Dean’s List. Andai anda tidak pasti dengan jawapan yang anda berikan, rujuk sahaja kepada buku atau nota anda, kemudian katakan kepada diri anda sendiri, “Peperiksaan sudah berlalu, dan aku sudah berusaha. Aku serahkan segala pergantunganku kepada Allah SWT.”

Usah jadikan cinta suatu musiman

0 comments
www.murabbi.net
Dihantar Oleh: Lukhman Abdul Taib
Editor: KAKLONG




Ketegangan isu kedudukan Hari Ibu di dalam Islam menerusi alam maya, tidak sedikit pun mempengaruhi masyarakat. Suara-suara sumbang oleh segolongan manusia yang mengaku membawa ajaran Islam yang tulen, tidak sedikit pun mengubah pendirian masyarakat, sebaliknya kaum ibu terus diraikan.


Tidak seperti mana isu Maulidurrasul, perbincangan dan polemik mengenainya sedikit sebanyak mendatangkan impak ke atas masyarakat.


Walaupun ini merupakan petanda baik bahawa masyarakat mulai punya kesedaran terhadap agama, dari sudut yang lain isu tersebut telah memecah belahkan kesatuan masyarakat. Masyarakat mulai tersasar fokus, perhatian mereka mula beralih kepada perkara-perkara furu’.


Fahami Al-Quran cermin kepada keimanan

0 comments
Oleh: Lukhman Abdul Taib


Al-Quran menjadi suatu kitab tidak asing lagi dalam masyarakat Islam. Dari usia yang begitu muda, insan sudah pun dikenal dengan al-Quran menerusi kelas-kelas mengaji dan pelajaran di sekolah.


Dalam masyarakat Islam di negara kita, Al-Quran sering sinonim dengan bacaan Surah Yaasin pada setiap malam Jumaat di masjid-masjid dan surau-surau. Walaupun terdapat perbahasan mengenai amalan tersebut, ia menjadi suatu ‘simbol’ kepada pembudayaan al-Quran di dalam masyarakat kita.


Demikian juga, saban tahun, Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Menghafaz Al-Quran menjadi acara tahunan di negara kita. Penyertaan dan kehadiran masyarakat sangat begitu menggalakkan. Akhirnya, ia melahirkan suatu ‘trend’ dalam kalangan ibu bapa yang punya kesedaran untuk menghantar anak-anak mereka ke institut-institut tahfiz yang wujud di negara kita.

Kurang rasa takwa membawa kepada kebebasan bermaksiat

0 comments
Oleh: Lukhman Abdul Taib


Dunia mutakhir ini menyaksikan pelbagai jenis perkara yang berlaku. Adakalanya sebahagian pihak melihat ianya baik, sementara pihak lain memandangnya sebagai aib.


Sebahagian pihak memandang sesuatu perkara itu halal, walaupun mereka mengetahui bahawa perbuatan itu secara jelas bertentangan dengan syariatullah dan sunnah Rasulullah SAW.


Hanya kerana kepentingan diri yang ingin dipenuhi, atas nama ‘maslahah umum’ perkara yang haram dihalalkan, perkara yang halal diharamkan!