Ilmu pengetahuan merupakan sebesar-sebesar nikmat dan anugerah Allah 'Azza Wa Jalla kepada hambanya bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, akal manusia sangat terbatas daripada mengetahui rahsia-rahsia alam yang boleh membebaskan manusia dari belenggu kejahilan kepada mendapat hidayah daripada Allah.
Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِMaksud: Katakalah - adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah Az-Zumar Ayat 9)