Dr. Juanda Haji Jaya: Tokoh Kelahiran SMK Agama Sibu

SAHIBUS SAMAHAH MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS
Ustaz Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya


Berasal dari Igan, Sarawak. Lahir pada tahun 1972. Dr Haji Juanda Jaya mendapat pendidikan menengahnya di SMK Agama Sibu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Beliau merupakan salah seorang pelajar generasi pertama yang telah mengasas SMK Agama Sibu pada peringkat awal penubuhannya.

Beliau telah muncul sebagai pelajar terbaik SRP 1987 di SMK Agama Sibu dengan memperoleh 6 unit. Kemudiannya beliau telah melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Islam Kelang. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Cairo (1995) dengan pengkhususan Sarjana Muda Undang-undang Islam. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (1999) dengan memperoleh Sarjana Syariah (Pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam Malaysia) dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah (Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan Organisasi) juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003).



Pada usia 23 tahun, setelah tamat pengajiannya dari Universiti Al-Azhar, beliau telah berkhidmat dengan Pertubuhan HIKMAH (7 tahun) dan Majlis Islam Sarawak (6 tahun).

Di peringkat kebangsaan, beliau terlibat menganggotai pelbagai Jawatankuasa Penasihat di Tabung Haji, JAKIM, Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kolej Universiti kerajaan dan swasta, yang melibatkan penggubalan undang-undang Islam, hukum syarak, pelatihan dan penerbitan bahan keagamaan.

Beliau juga terlibat dalam program RTM seperti Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, Bicara Mufti, Program Soal Jawab Agama Radio Sarawak, Rancangan Islam Hadhari di Radio Sarawak dan sebagainya. Beliau telah menjelajah di seluruh Malaysia untuk berdakwah di semua peringkat sama ada melalui ceramah, forum, bengkel, seminar dan sebagainya.

Beliau juga menjadi kolumnis untuk Berita Harian (Ruangan Tajdid Iman setiap hari Selasa), Majalah Mingguan Wanita dan menulis artikel di Utusan Malaysia. Beliau juga telah menghasilkan lebih 60 penulisan dalam bentuk penerbitan buku, terjemahan, kertas kerja, artikel dan sebagainya, serta telah menyemak, menilai dan menapis 26 penerbitan berunsur agama.

Beliau secara khusus telah melakukan kajian secara menyeluruh tentang pengurusan dakwah di Sarawak dan Malaysia pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan telah mempunyai pengalaman meluas dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di peringkat negeri dan kebangsaan.

Sumbangan beliau dalam dunia Islam turut diiktiraf apabila beliau telah menerima anugerah Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) pada tahun 2005.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Keluarga Mithali daripada Majlis Islam Sarawak pada 2007 sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak.


Sumbangan dalam pembangunan Islam:
  • Visiting Fellow at Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford (Sept 2009- Ogos 2010).
  • Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dakwah), Gred S48, Jabatan Agama Islam Sarawak, (Jan 2008 – Jan 2009).
  • Ketua Penolong Pengarah (Unit Kaunseling) Gred S48, Jabatan Agama Islam Sarawak (Nov – Dis 2007).
  • Timbalan Mufti Negeri Sarawak Gred S48 (Dis 2003 – Okt 2007).
  • Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, Jabatan Agama Islam Sarawak (Penolong Pengarah, Penyelidikan dan Pembangunan, Mac - November 2003)
  • Pengetua Pusat Latihan Dakwah / Pegawai Pendidikan HIKMAH Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak (1 Jun 1998 - 28 Februari 2003).
  • Guru Siswazah Tidak Terlatih di SMK Agama Miri, Sarawak (November 1995 – 30 November 1996).


Sumbangan Organisasi/Jawatankuasa Profesional:
  • Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (5 Januari 2009-31 Disember 2012).
  • Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis (2009-2012).
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (2009-2012).
  • Professor Pelawat di Management and Science University, Shah Alam, Malaysia (2006-2010).
  • Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak (2003-2010).
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Pakar Rujuk) Tabung Haji / JAKIM (2003-2008).
  • Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis (2007-2012).
  • Pakar Rujuk Rombongan Rasmi Kebajikan Tabung Haji Malaysia Musim Haji (2000-2009).
  • Anggota Lajnah Tasheh Tafsir Pedoman Muttaqin, JAKIM (2007-2020).
  • Quality Assurance Manager / Pengkursus / Penggubal / Pemeriksa Kertas PTK Bagi Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dan S44 (2003 - sekarang)
  • Pensyarah Sambilan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Kursus Pengurusan Dakwah & Kepimpinan Islam, JAKIM (2005).
  • Ketua Panel Penyediaan Draf Buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah Edisi Baru, Lembaga Tabung Haji Malaysia (2005-2006).
  • Panel Penyemak Buku-buku, CD, Tafsir al-Mubin dan bahan cetakan dan visual JAKIM (2005-2007).
  • Panel Penyemak Buku-buku Agama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2006-2007).
  • Penyemak Projek ”MOBILE CONTENT” TAQWA, TH Technologies, Sdn Bhd (2006).
  • Ahli Jawatankuasa Perunding Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ Malaysia, (2006).
  • Ahli Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan, Lembaga Baitulmal Sarawak (2004-2006).
  • Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan, Yayasan Budaya Melayu Sarawak (2004).
  • Ahli Rombongan Rukyah Negeri Sarawak (2004-2009).
  • Ahli Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Dakwah Negeri Sarawak (2006-2007). 
  • Ahli Jawatankuasa Temuduga Pegawai Masjid Sarawak.
  • Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu Penerbitan Buku Teks KBSM Kegunaan 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia (26 Jun 2001 – 28 Februari 2002).
  • Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu Penerbitan Buku STAM, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002).
  • Pengkursus Haji Bagi Para Penceramah Haji Peringkat Negeri Sarawak dan Penceramah Haji Bagi Bakal Haji Negeri Sarawak (1996-2008).
  • Ketua Belia Pertubuhan HIKMAH Bahagian Miri (1996-1997).


Sumbangan dalam Radio Televisyen Malaysia/CAT’S FM/IKIM.FM:
  • Bicara Mufti sejak Februari 2007-sekarang.
  • Ruangan Soal Jawab Agama Radio Sarawak setiap petang Khamis sejak Ogos 2006- Oktober 2007.
  • Ruangan Islam Hadhari Radio Sarawak setiap hari Isnin sejak Oktober 2006-2009.
  • Panel Forum Perdana Ehwal Islam, Menderma Organ, Mei 2007, Negeri Sembilan.
  • Bimbingan Ramadan 2005, 2006, 2007, 2008.
  • Forum Bicara Addin, IKIM.FM, 7 September 2005.


Sumbangan sebagai Kolumnis Berita Harian: Ruangan Tajdid Iman (setiap hari Selasa) melebihi 210 artikel.

Sumbangan sebagai Kolumnis Mingguan Wanita: Ruangan Wanita Anggun (setiap Jumaat) melebihi 200 artikel.

Sumbangan dalam bentuk buku tulisan / terjemahan / kertas kerja:
  • Tesis Peringkat Kedoktoran di UKM: Dakwah Islamiah di Sarawak: Kajian Terhadap Pengurusan Dakwah Secara Berogranisasi, 2003.
  • Buku SUAMI MITHALI ISTERI SEJATI, PEDOMAN UNTUK LELAKI DAN WANITA BERIMAN, Penerbitan Buku Prima Shah Alam, 2008.
  • Buku Siri Resipi Kejayaan Jalan Orang Mukmin JOM AKIDAH, Pustaka Yamien Sdn Bhd, KL, 2008.
  • Buku Siri Resipi Kejayaan Jalan Orang Mukmin JOM IBADAH, Pustaka Yamien Sdn Bhd, KL, 2008.
  • Buku Siri Resipi Kejayaan Jalan Orang Mukmin JOM AKHLAK, Pustaka Yamien Sdn Bhd, KL, 2008.
  • Buku Ibadat Haji Umrah dan Ziarah, (Pengerusi Panel Penulis), Lembaga Tabung Haji, KL, 2007.
  • Kertas Kerja Institusi Fatwa Sebagai Agen Mendidik Masyarakat, Seminar Fatwa Dalam Kesejahteraan Ummah, Masjid Sultan, Singapura, 24 Oktober 2010.
  • Kertas Kerja Memperkasakan Imej Islam Sebagai Agama Pembawa Rahmat Sedunia, Seminar Imej Islam, Anjuran Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah, Singapura, 26 Ogos, 2007.
  • Pengulas Kertas Pemikiran Fiqh Ibnu al-Qayyim, Seminar Ke arah Pendekatan Mazhab-mazhab, Anjuran Kerajaan Perlis – Muhammadiyah Indonesia, Medan, 10-11 Ogos 2007.
  • Kertas Kerja Islam Agama Rahmat, Seminar Islam Itu Mudah, Anjuran IQ dan Karangkraf, USM, Pulau Pinang 2007.
  • Kertas Kewajipan Beriman Kepada Al-Quran, Ceramah Sempena Tilawah al-Quran Negeri Kelantan 31 Mei 2007.
  • Kertas Kerja Peranan Haji Mabrur Dalam Membangunkan Modal Insan, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-23, 20-22 April 2007, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Kertas Kerja Kesederhanaan Islam Menurut al-Quran dan al-Sunnah, Seminar Kesederhanaan Islam, Anjuran Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ Malaysia, di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi, Selangor, 14 April 2007.
  • Pengulas Kertas Kerja Tajdid Imam al-Syafi’i Dalam Fiqh, Seminar Pemikiran Tajdid Imam As-Syafiee, Anjuran Kerajaan Perlis di Masjid Wilayah Persekutuan, 14 April 2007.
  • Kertas Kerja Peranan al-Quran Dalam Mencorakkan Minda Pembaharuan, Seminar Antarabangsa Pembaharuan Pemikiran Islam, Anjuran Kerajaan Perlis, YADIM dan Muhammadiyah Indonesia di Hotel Eryaduta, Jakarta, 18-20 Februari 2007.
  • Kertas Kerja Kemudahan Fiqh, Minggu Sunnah Perlis, November 2006.
  • Kertas Kerja Kesederhanaan Fiqh Menurut al-Quran dan al-Sunnah, Seminar Kesederhanaan Islam, Anjuran Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah, Singapura, 5 Ogos, 2006.
  • Kertas Kerja Larangan Di Dalam Ihram, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-22, 20-22 April 2006.
  • Jurnal Penyelidikan Islam, JAKIM, Adab Menjelaskan Hukum, 2006, Telah dibentang dalam Muzakarah Haji Kebangsaan 1425H/ 5 Mei 2005M.
  • Kertas Kerja Ostomy Dalam Aspek Keagamaan, Stoma & Wound Care Workshop, Hospital Miri, 18-21 Julai 2006.
  • Kertas Kerja dalam Forum Religious Harmony In Our Society, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, 17 Jun 2006.
  • Kertas Kerja al-Imam al-Syafi’i: Antara Keaslian Dengan Salah Faham, Seminar Islam dan Kegemilangan Ilmu dan Pemikiran al-Imam al-Syafii, Anjuran DBP dan Karangkraf di DBP, KL, 11 Mac 2006. Telah dibukukan.
  • Buku Dakwah Islamiah di Sarawak, bersama Dr Zulkifle Abd Ghani, Terbitan IKMAS, Sarawak, 2006.
  • Kertas Kerja Konsep Sadaqatul Jariah Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah Serta Kepentingannya Dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Ummah, Seminar Amal Jariah 2005, Anjuran YPEIM, Kuching, 12 Disember 2005.
  • Kertas Kerja dalam Forum On Interfaith Harmony: Sarawak’s Perspective, Sharing Interfaith Harmony, Anjuran AZAM, Pustaka Negeri Sarawak dan KAF Germany, 27 Oktober 2005.
  • Kertas Kerja Wasatiyyah Islam Terhadap Wanita Dalam Bidang Keilmuan dan Pekerjaan, Seminar Kesederhanaan Islam Peringkat Kebangsaan, Kangar, Anjuran Kerajaan Perlis dan Arab Saudi, 4-5 Ogos 2005.
  • Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM, Hukum Bermabit di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat di Mina, 2005. Dibentangkan dalam Muzakarah Pengelola Jemaah Haji Swasta 20 Julai 2004, Muzakarah Haji Kebangsaan 1424H/2005M dan Muzakarah Fatwa Kebangsaan 26 November 2004.
  • Kertas Kerja Beberapa Permasalahan Ibadat Di Mina Dan Muzdalifah Serta Penyelesaiannya Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-21, Shah Alam, 2004.
  • Kertas Kerja Beberapa Masalah Haji Yang Perlu Dibincangkan Semula, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-20, Melaka, 2003.
  • Bab dalam Buku Islam di Sarawak dan Sabah, Organisasi Dakwah Bukan Kerajaan di Sarawak, UKM-JAIS, 2003.
  • Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Peranan Tokoh Agama dalam Mengorganisasikan Dakwah di Sarawak Sebelum Merdeka, UKM-Kerajaan Sarawak, 2003.
  • Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Perkembangan Islam di Sarawak dan Majlis Islam Sarawak, UKM-Kerajaan Sarawak, 2003.
  • Kertas kerja Talfiq: Suatu Keperluan Bagi Masalah Fiqh Semasa, dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa Anjuran UKM/KISDAR 2003.
  • Kertas kerja Sumbangan Ulama Dalam Pengorganisasian Dakwah di Sarawak, dibentangkan dalam Nadwah Ulama Nusantara anjuran UKM/JAIS 2003.
  • Tesis Peringkat Sarjana di UKM: Talfiq: Kajian Terhadap Kedudukannya Dalam Undang-undang Keluarga Islam Malaysia, 1999.
  • Talfiq: Satu Keperluan Dalam Undang-undang Islam, 1999.
  • Syakhsiyah al-Mar’ah al-Muslimah oleh Syeikh Mohamad Ali al-Hashimi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – KEPERIBADIAN MUSLIMAH – 2 Jilid), 1998.
  • Mu’awwiqat Tatbiq al-Syari’ah oleh Prof Manna’ Khalil al-Qattan. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – HALANGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM) 1998.
  • Al-Syari’ah al-Islamiyah Solihah li al-Tatbiq fi kulli makan wa zaman oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM SESUAI DI SEMUA TEMPAT DAN MASA), 1998
  • Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia– FIQH DAULAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM), 1998
  • Al-Islam wa al-‘Ilmaniyah wajhan li wajhin oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – PERTENTANGAN ISLAM DAN SEKULAR), 1999.
  • Al-Islam Hadharah al-Ghad oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – TAMADUN ISLAM ALTERNATIF MASA DEPAN), 1999.
  • Al-Mubasysyirat bi al-Intishor al-Islam oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – PETANDA KEMENANGAN ISLAM), 1999.
  • Al-Aqalliyat fi al-Mujtama’ al-Islamiy oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – KEDUDUKAN NON-MUSLIM DALAM NEGARA ISLAM), 1999.
  • Al-Qur’an wa al-Sunnah Marja’ieyah al-‘Ulya fi al-Islam oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia – AL-QURAN DAN AL-SUNNAH PERLEMBAGAAN KAMI), 1999.
  • Al-Fiqh al-Manhaji Vol 1, 2 dan 3 oleh Prof Dr Mustafa al-Bugha. (Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia– FIQH MAZHAB SYAFIE)


Sumber: di sini

1 ulasan:

  1. assalamu'alaikum, jemput hadir ke majlis bacaan Kitab Sohih Imam al Bukhari radiyallahu Ta'ala 'anhu, boleh lihat lanjutan mengenai majlis.

    Sama2 menghidupkan majlis pembacaan Hadith secara bertalaqi bersanad.

    http://majlisilmu.blogspot.com/2011/05/majlis-permbacaan-kitab-shohih-al.html

    BalasPadam